Pengumuman sebanyak 39 finalis Anugerah Pembangunan Lestari 2018 telah dibuat di hotel yang sama semasa Seminar Pembangunan Lestari, baru-baru ini.

Pencalonan yang diterima telah diaudit oleh juruaudit kehormat dari Chartered Accountants Australia dan New Zealand (CAANZ), manakala semua penyertaan dinilai oleh panel hakim profesional bebas.

Di samping meraikan para pemenang, majlis anugerah itu kelak juga akan bertindak sebagai serampang dua mata mengutip dana daripada peruntukan jualan tiket untuk disalurkan ke JCIPJ Leukemia Trust Fund yang ditubuhkan sejak 988, serta Tabung Harapan Malaysia.

Orang ramai dijemput untuk menghadiri majlis anugerah dan amal itu bagi memberi sokongan kepada usaha merealisasikan masa depan yang lestari untuk anak-anak Malaysia.

Sebarang pertanyaan mengenai tiket, bolehlah menghubungi Pengerusi Penganjur, Mikasa Chong + 6017-313 4133 atau Pengarah Tiket, Boon Hwa + 6012-608 0937. Tiket juga boleh dibeli secara dalam talian di www.jcimsda.com/awardceremony