Program tanggungjawab sosial (CSR)  anjuran Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) dengan kerjasama Yayasan Faqeh, Kesatuan Kakitangan Pelaksana (KUSIMA) dan juga Fakulti Pergigian USIM ini turut dibantu oleh seramai 20 urusetia bagi memastikan keselamatan anak-anak istimewa dalam kalangan penghidap autisme dan sindrom down ini terjamin.

Menurut Timbalan Pengarah (StraComm), Asri Husain, program itu dianjurkan kerana universiti pada hari ini bukan hanya berfungsi sebagai sebuah Institusi ilmu, tetapi turut memainkan peranan sebagai platform untuk pembangunan komuniti dari pelbagai lapisan.

Justeru katanya, usaha mendekati komuniti melalui pendidikan diharapkan mampu menyuntik kesedaran mengenai kepentingan pendidikan dalam mengubah status-quo masyarakat.

“Sebagai sebuah universiti berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli, diharapkan dapat membantu membentuk warga universiti yang seimbang. Aspek ini penting dalam memacu negara menjadi sebuah negara yang progresif dari segi ekonomi dan pada masa sama membina masyarakat yang mempunyai keluhuran budi dan sifat-sifat yang positif,” katanya.

Selaras dengan objektif utama program iaitu untuk memberi kesedaran kepada komuniti, anak-anak OKU juga perlu diberikan pendedahan mengenai aspek kebersihan dan pengurusan diri. 

USIM-gigi
SISWA USIM menerangkan kaedah penjagaan gigi yang betul kepada anak istimewa Yayasan Faqeh.

Pendedahan ini diharapkan dapat membantu merapatkan hubungan di antara komuniti dengan universiti dan membolehkan kerjasama strategik dimanfaat secara optimum.

"Paling penting menyaksikan anak-anak ini terhibur dan sedikit-sebanyak dapat memahami pentingnya menjaga kebersihan gigi,” tambah Asri.