Ia  bagi menyampaikan dana yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat serta pelarian Syria yang memerlukan.

MLLFS dan GPM, agensi kemanusiaan di bawah ABIM antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang aktif membela pelarian di negara bergolak Syria. Pelbagai bentuk bantuan dihulurkan kepada rakyat negara itu menerusi beberapa misi bantuan kemanusiaan bagi tujuan meringankan pelarian Syria yang ditindas.

Turut serta dalam misi bantuan kali ini adalah selebriti terkenal, Fara Fauzana, yang juga duta MLLFS. Beliau turut berkongsi keterujaan dalam akaun Instagram miliknya untuk bertemu anak Syria di sana.

Selain Misi Untukmu Muhajirin Rohingya ke Coxs Bazar, Bangladesh dan Misi Syria ke Lubnan, Misi Syria di Turki dan Syria; misi bantuan lain yang akan menyusul adalah ke Selatan Thailand dan seterusnya Misi ke Kemboja - Vietnam dan Lombok, Indonesia.

Sedari awal penubuhannya, pimpinan, aktivis serta sukarelawan ABIM dalam GPM dan MLLFS terus komited menjalankan kerja-kerja bantuan kemanusiaan pada peringkat global. Agensi-agensi ini menggiatkan usaha membantu masyarakat antarabangsa yang ditimpa bencana dan krisis kemanusian akibat dari perubahan alam sekitar dan peperangan. ABIM membantu menyelaraskan bantuan dalam bentuk kewangan, tenaga sukarelawan, ubat-ubatan dan program pembinaan semula selepas bencana.

Dilaporkan kini terdapat lebih kurang 100,200 orang pelarian di Syria. Perkembangan mengenainya boleh diikuti di Facebook Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Malaysia Life Line for Syria.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang terus menyokong usaha kemanusiaan ini.

Semoga kesemua anggota delegasi ini selamat pergi dan kembali seterusnya berjaya menunaikan amanah rakyat Malaysia. Begitu juga terpelihara buat insan tersayang yang mereka tinggalkan.