ARKIB : 22/07/2012
Pahang bersedia lebih awal
KUALA LUMPUR - Sebaik sahaja dinaikkan pangkat ke Liga Super, Pahang memberi bayangan akan melakukan persiapan yang menyeluruh bagi muncul antara pasukan yang digeruni dalam saingan musim 2013.
Jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh memberikan petanda itu selepas Tengku Rahman Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mahu melihat skuad Pahang lebih gah dalam saingan Liga Super musim depan.
"Selepas berakhir perlawanan kelmarin, Tengku Muda membayangkan akan melakukan persiapan yang lebih baik bagi menghadapi Liga Super dengan membawa beberapa perubahan dalam pasukan.
"Walaupun belum dapat apa-apa gambaran yang lebih jelas tetapi daripada apa baginda perkatakan, Pahang akan menjadi sebuah skuad yang lebih kuat untuk mencabar pasukan lain dalam Liga Super, " katanya ketika ditemui di Wisma FAM selepas majlis pemberian pingat, piala, hadiah wang tunai dan insentif Liga Malaysia 2012.
Pahang menjadi pasukan terakhir meraih slot ke Liga Super apabila menundukkan Kedah melalui sepakan penalti 3-2 di Stadium Hang Jebat setelah terikat 2-2 sepanjang 120 minit permainan.
Penjaga gol, Wan Azraie Wan Teh, muncul wira Pahang apabila menyelamatkan empat sepakan penalti sebelum Jalaluddin Jaafar memastikan slot ke Liga Super apabila menyempurnakan sepakan terakhir untuk mengecewakan Kedah.
Tubuh jawatankuasa integriti
Kelantan nyala kebangkitan
Dua lagi gangsa daripada penerjun
Nicol mara ke final
Amiruddin kekal Presiden KRM
China, Korea tentukan kejuaraan
Kelantan, Johor DT raih kemenangan
Malaysia raih 2 gangsa Terjun Dunia
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain 2013
Kien Keat, Boon Heong mula bersuara
Bertindak demi keselamatan penyokong sendiri dan lawan - TMJ
Tok Gajah sedia 'mengamuk'
Misi wajib menang Kelantan
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain 2013
Sindiket bookie serius
'Usah takut buat laporan'
BAM tidak akan berlembut
BAM janji buat perubahan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










