ARKIB : 17/07/2012
Caj satu peratus PTPTN tidak membebankan
KUALA LUMPUR 16 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi tidak menganggap caj satu peratus bagi kos pentadbiran terhadap pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membebankan peminjam.
Timbalan Menterinya, Dr. Hou Kok Chung berkata, kadar caj itu diturunkan beberapa kali oleh kerajaan walaupun secara relatifnya ia jauh lebih rendah berbanding faedah pinjaman pendidikan oleh bank.
Katanya, selain caj itu, tiada apa-apa kos yang dikenakan sepanjang tempoh pengajian dan enam bulan selepas tamat pengajian kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Menurutnya, bermula 1997, kos pentadbiran pinjaman adalah empat peratus atas baki berkurangan. Bagaimanapun, pada Bajet 2004, kerajaan mengumumkan kos itu diturunkan kepada tiga peratus.
"Seterusnya, Jemaah Menteri pada 6 Ogos 2008 meluluskan kaedah baru pembiayaan pendidikan PTPTN berlandaskan syariah Islam iaitu mengenakan ujrah atau upah sebanyak satu peratus setahun berkuat kuasa 1 Jun 2008.
"Hakikatnya, upah itu tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos pinjaman dana PTPTN dengan institusi kewangan lain bagi membiayai pelajar.
"Jadi, ujrah atau caj satu peratus adalah amat minimum dan diperlukan bagi menampung kos operasi PTPTN," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Senator Datuk S. Nallakaruppan pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.
Menjawab soalan tambahan Senator Khairiah Mohamed berhubung sama ada bayaran ansuran bulanan PTPTN yang ditetapkan pada kadar minimum boleh meningkat berikutan caj satu peratus itu, Kok Chung tidak menganggap caj satu peratus sebagai sangat membebankan para peminjam.
"Saya berikan contoh, sekiranya seorang peminjam PTPTN menerima pinjaman RM10,000 dan membuat keputusan untuk membayar balik dalam tempoh 64 bulan, caj satu peratus yang perlu dibayar sebulan hanya RM8.33," tegasnya.
"Jika diamati satu peratus yang dibayar itu, jumlahnya adalah kecil jika dibandingkan dengan kadar lain yang dibelanjakan seperti caj langganan talian telefon bimbit serta jalur lebar di tempat-tempat hiburan dan sebagainya," jelasnya.
Skim Perantisan Mekatronik untuk belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
Ariffin dibidas di Dewan Negara
Lengah tadbir harta pusaka timbul masalah
Tiada nombor plat peribadi - Abdul Rahim
Kandungan rancangan televisyen dikawal
1.3 peratus kadar dropped calls
ROS ada kuasa larang hubungan dengan pihak luar
Skim Rumah Pertamaku, 436 pemohon lulus
Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan 2012
1.9j permohonan baharu
Bakal haji dikenakan syarat tambahan
Kementerian Kesihatan pantau produk terlarang
1,811 pelajar dibuang sekolah
Kementerian Dalam Negeri luluskan 3,824 permit masuk
Projek terbengkalai dipulihkan
Insentif galak bumiputera sertai industri burung walet
Bina jejantas ambil kira faktor jenayah
Laporan ramai wanita Malaysia curang mengejutkan
Nikah dapat RM2,000
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









