ARKIB : 11/07/2012
Halida Hatta kecewa dengan kepimpinan parti
JAKARTA 10 Julai - Bekas timbalan pengerusi parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Halida Hatta menggemparkan parti itu apabila mendedahkan bahawa peletakan jawatannya adalah kerana kecewa dengan kepimpinan parti tersebut.
Ia mengesahkan dakwaan banyak pihak sebelum ini, yang menyatakan peletakan jawatan Halida sebagai bantahan terhadap corak kepimpinan Ketua Dewan Pembina Gerindra, Prabowo Subianto.
Halida, anak perempuan bekas naib presiden Indonesia, Mohammad Hatta meletak jawatannya dalam parti itu pada April lepas dan ia hanya disahkan pada minggu lalu.
''Saya kecewa dengan keputusan parti untuk memindahkan undi yang saya menangi semasa pilihan raya dewan perwakilan kepada calon lain.
''Justeru, saya memohon supaya parti memberikan penjelasan mengenai perkara itu, namun belum ada maklum balas yang diberikan,'' katanya kepada Jakarta Post, semalam.
Sebelum ini, Halida menyatakan antara sebab utama beliau meletakkan jawatan adalah kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya harian sebagai seorang pegawai perhubungan awam kanan dalam sebuah syarikat gas yang berpangkalan di Jepun.
Halida, baru-baru ini juga berkata, beliau hanya boleh menyumbang sedikit kepada parti kerana pada banyak masa, parti itu mengetepikannya daripada terlibat dalam sebarang proses membuat keputusan.
''Saya berpendapat, Gerindra mampu melakukan yang lebih baik sekiranya kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain,'' kata Halida.
Khabar angin mendakwa pergolakan dalaman parti itu berpunca kepada gaya kepimpinan Prabowo yang mungkin turut menjadi punca kepada pemecatan ketua sains dan teknologi parti, Fami Fachrudin. - AGENSI
M15 digesa perjelas kedudukan
Rohingya hanya boleh ada dua anak
UGUT TERJUN
Lelongan komik Superman dapat perhatian
Laman web rasmi Arab Saudi digodam
Kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun berhantu?
12 cedera dalam insiden bom berani mati di Rusia
12 maut pertempuran tentera Filipina-militan Abu Sayyaf
16 kanak-kanak mati bas dinaiki terbakar di Pakistan
Perisikan Britain digesa jelaskan hubungan dengan suspek pembunuhan
Syria setuju sertai persidangan keamanan
Penduduk Islam Britain ketakutan
Obama pertahan penggunaan drone
Datuk Bandar Osaka digesa mohon maaf
Ahmad Fathanah didakwa beri habuan pada 45 wanita
5 maut serangan bom di Pattani
Rakyat Malaysia bilionair Australia
5 maut serangan bom di Pattani
Turki hadkan penjualan arak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









