ARKIB : 11/07/2012
ASEAN mahu guna konvensyen PBB
PHNOM PENH 10 Julai - Negara-negara anggota Asia Tenggara mahu konvensyen maritim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi asas kepada penyelesaian pertikaian di Laut China Selatan, menurut satu draf yang dipersetujui menteri-menteri luar pertubuhan serantau itu yang didedahkan, hari ini.
Pendirian negara-negara anggota ASEAN itu, bagaimanapun dilihat akan berdepan tentangan daripada China yang mahu pertikaian maritim itu diselesaikan dengan negara-negara yang terlibat.
Menteri-menteri luar Asia Tenggara menghadiri sidang kemuncak serantau di Kemboja untuk merangka kod etika di Laut China Selatan yang telah lama tertangguh, kod yang kemudiannya akan ditandatangani bersama China bagi meredakan ketegangan.
Dalam draf itu, negara-negara ASEAN mahu semua pihak mengambil tindakan untuk menyelesaikan pertikaian wilayah secara aman dengan mengikut undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).
UNCLOS yang merupakan perjanjian antarabangsa menetapkan mengenai kedaulatan wilayah maritim sesebuah negara atau zon ekonomi eksklusif.
China telah menandatangani UNCLOS tetapi pakar menyatakan negara itu menuntut semua wilayah maritim di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber asli dan minyak serta menjadi laluan penting perdagangan dunia.
Draf itu turut menggesa semua pihak untuk menyelesaikan pertikaian itu 'tanpa penggunaan tentera atau mengancam untuk menggunakannya', selain komited untuk menghormati kebebasan memasuki wilayah yang dituntut. - AFP
AS ingin kurangkan penggunaan senjata nuklear
22 maut akibat tanah runtuh, banjir di Nepal
Persidangan damai untuk Syria
Angka korban banjir, tanah runtuh di India mencecah 150 orang
Pembinaan kem Rohingya di selatan Thai dibantah
Demonstrasi Turki: Tentera bakal dikerah
Askar wanita AS sertai unit tempur
Dipindahkan sebab depot senjata meletup
Bangunan PBB di Somalia diserang, 15 maut
Tentera wanita AS akan dibenar berada di barisan hadapan
Ahmadinejad bertemu Rowhani bincang isu politik dan ekonomi
18 terkorban dalam serangan berani mati terbaru di Iraq
64 maut di utara India
Cadangan naikkan harga minyak dibantah
Amaran kepada kuasa Eropah
Kelab malam wajib tutup sepanjang Ramadan
Malaysia tentang hasrat bahagikan masjid al-aqsa
Presiden tolak henti aktiviti nuklear
Ramadan: 898 pusat hiburan di Jakarta dilarang operasi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










