VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 10/07/2012

Video al-Qaeda dedah gaya ala ninja militan semasa latihan

LONDON 9 Julai - Satu rakaman video terbaru al-Qaeda, mendedahkan kumpulan itu kini tampil dengan imej ala ninja ketika menjalani satu sesi latihan menembak.

Ia menguatkan lagi amaran terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Perkhidmatan Keselamatan Britain, MI5, Jonathan Evans bahawa pengikut fanatik kumpulan itu masih aktif untuk terus menimbulkan ancaman.

Dalam video itu, enam anggota kumpulan ekstremis tersebut menunjukkan aksi menembak dengan pistol berada di kedua belah genggaman tangan masing-masing sebelum mereka mula membongkok dan menghujani sasaran dengan peluru.

Ia kemudian menunjukkan aksi ninja-ninja itu melakukan latihan senjata dengan menggunakan rifle AK-47 yang diberi gelaran 'Widowmaker' dalam melakukan pelbagai teknik menembak.

Video tersebut turut memaparkan dua anggota kumpulan militan berkenaan menembak menggunakan mesingan, sementara beberapa anggota lain dilihat menjalani latihan menembak dari trak pikap dan motosikal.

Antara senjata yang dipaparkan dalam video itu termasuklah pelancar roket bom tangan.

Difahamkan, latihan menembak itu dirakamkan di kawasan bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan.

Pakar keganasan terkenal, Chris Dobson berkata, pistol merupakan senjata yang menjadi pilihan pembunuhan jarak dekat.

"Al-Qaeda sedang menunjukkan walaupun mereka melalui saat-saat sukar tahun lalu, mereka masih perlu dianggap sebagai ancaman,'' katanya.

Video itu juga dipaparkan di laman web ekstremis yang dikaitkan dengan al-Qaeda yang telah ditonton beribu-ribu orang setiap hari dengan satu daripada portal berkenaan mempunyai 66,000 pengguna berdaftar. - AGENSI

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.