ARKIB : 09/07/2012
Wenger tak belanja besar
LONDON - Arsene Wenger menegaskan dia tidak akan merubah cara operasinya di Arsenal biarpun bintang-bintang utama mereka terus meninggalkan kelab London itu.
Gunners tertekan selepas ketua pasukan Robin van Persie memutuskan untuk pergi kerana tidak dapat melihat kesungguhan kelab untuk mencabar kejuaraan.
Bagaimanapun Wenger mengikut prinsip legenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff bahawa 'anda masih boleh memenangi Liga Juara-Juara Eropah' sekalipun tidak mengeluarkan perbelanjaan berjuta-juta pound.
Cruyff mengangkat Ajax menjuarai Liga Juara-Juara pada 1995 dan membantu gergasi Sepanyol, mengukuhkan akademi bola sepak mereka. Dia percaya sesebuah kelab masih boleh merangkul kejayaan dengan menggunakan pemain muda yang dibangunkan sendiri dan tidak perlu memancing bintang-bintang besar di pasaran antarabangsa.
"Saya setuju sepenuhnya dengan cara Cruyff dan tidak akan mengubah fikiran.
"Apa yang menyedihkan adalah apabila kadang kala kerja anda dirosakkan orang lain. Anda mahu melihat pemain anda berada di kelab ketika kemuncak karier mereka, tetapi ia tidak selalunya kekal begitu.
"Saya sering menjadi mangsa keadaan tersebut. Saya hilang Samir Nasri, Gael Clichy dan Cesc Fabregas pada waktu kemuncak mereka. Mereka sepatutnya berada di Arsenal ketika sedang berada di prestasi terbaik kerana itulah visi saya ketika membentuk mereka,'' katanya lagi.
Tambah Wenger, wang tidak akan menjadi motivasi buatnya kerana falsafahnya sejak 16 tahun lalu adalah membangunkan pemain muda sendiri.
"Orang seperti Cruyff tidak mengerah seluruh tenaganya untuk membina pasukan dengan menggunakan keringat orang muda kerana mahukan wang. Kami melakukan semua ini kerana mahu menyumbang sesuatu kepada bola sepak,'' katanya.
Biarpun Arsenal berjaya mendapatkan bintang Jerman, Lukas Podolski dan penyerang Perancis, Olivier Giroud menerusi bayaran 24 juta pound (RM118 juta) pada musim depan, ia belum cukup untuk memuaskan hati Van Persie. - AGENSI
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










