ARKIB : 09/07/2012
BN boleh tawan Kota Kinabalu
KOTA KINABALU 8 Julai - UMNO Sabah yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang merampas Parlimen Kota Kinabalu dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen itu iaitu Luyang dan Likas yang kini dipegang pembangkang.
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman berkata, keyakinan itu berdasarkan kerjasama dan sifat saling membantu yang ditunjukkan UMNO Kota Kinabalu dengan ahli parti komponen lain.
Katanya, selain kerjasama erat mencapai misi memastikan calon BN mencatat kemenangan di Parlimen Kota Kinabalu pada pilihan raya umum akan datang, BN juga dilihat berpeluang merealisasikan hasrat itu berdasarkan keupayaan parti mentadbir Sabah dengan baik.
Menurutnya, kestabilan politik, sistem pentadbiran baik dan keharmonian serta keselamatan terjamin di negeri itu membolehkan kerajaan negeri ketika ini memiliki nilai pelaburan berjumlah RM10 bilion.
"UMNO akan terus memberi kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada mana-mana calon BN yang akan bertanding di Parlimen Kota Kinabalu dan DUN di Parlimen ini, sekali gus merealisasikan misi parti mencatat kemenangan besar di Sabah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Kinabalu kesembilan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.
Hadir sama, Ketua UMNO Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Diego; Timbalan Ketua UMNO Kota Kinabalu, Datuk Saruji Nawawi; Pengerusi MIC Sabah, Datuk V. Jothi dan Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Musliati Moslimin.
Mengulas lanjut, Musa berkata, pembangkang dilihat tidak mampu menguruskan negeri yang dimenangi mereka dan contoh terbaik adalah di Selangor yang kini berada dalam kucar-kacir.
Sehubungan itu katanya, rakyat perlu bijak memilih bakal pemimpin yang akan mentadbir kawasan mereka dan bukannya termakan janji kosong pembangkang.
Dalam pada itu, Musa menambah, kerajaan negeri sedang berusaha mencari sebuah tapak yang sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan berkonsepkan perumahan mesra rakyat kepada penduduk bumiputera di Kota Kinabalu sekali gus menyelesaikan isu perumahan di Sembulan, di sini.
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









