ARKIB : 07/07/2012
Keluarga mangsa buaya mahu guna khidmat pawang Indet
BETONG 6 Julai - Keluarga seorang pemotong batang sagu, Derahman Chali, 55, yang hilang di muara Sungai Meruang, Batang Saribas, di sini pagi semalam, bertekad menggunakan pelbagai cara sebagai ikhtiar untuk mencarinya yang dipercayai menjadi mangsa terbaharu serangan buaya.
Isteri mangsa, Latifah Nen, 53, berkata, meskipun pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada Derahman diserang atau tidak, mereka sekeluarga percaya kehilangannya adalah akibat dibaham buaya berdasarkan kesan pergelutan dan tapak kaki reptilia berkenaan yang ditemui di tebing sungai.
Justeru, katanya, jika mangsa masih gagal ditemui, mereka bercadang mendapatkan khidmat pawang buaya yang berjaya menumpaskan Bujang Seblak di Roban baru-baru ini.
"Saya ada terbaca dalam akhbar mengenai seorang pawang buaya bernama Indet Sanabong yang menangkap beberapa ekor buaya di Sungai Seblak. Kami mungkin akan mendapatkan khidmat bomoh tersebut sekiranya pihak berkuasa gagal menemui suami saya.
"Selain itu, kami turut menganjurkan solat hajat selepas solat Jumaat tengah hari ini untuk memohon kepada Allah supaya mayat suami saya dapat ditemui," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Beladin, dekat sini hari ini.
Kunjungan Utusan Malaysia ke rumah mangsa mendapati pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir untuk mengambil maklumat dan keterangan keluarga mangsa bagi tujuan pampasan kes kematian disebabkan binatang buas yang bernilai RM20,000.
Sementara itu, beberapa penduduk kampung yang ditemui mengakui mula berasa terancam dan diselubungi ketakutan memandangkan kes serangan buaya tersebut adalah yang pertama seumpamanya di kawasan berkenaan.
Menurut mereka, sekiranya mangsa disahkan maut diserang buaya, pihak berkuasa perlu melakukan operasi memburu haiwan ganas itu secepat mungkin bagi mengelak kejadian sama berulang.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi semalam, Derahman, hilang di tebing Sungai Meruang dipercayai dibaham buaya sewaktu turun untuk membasuh tangan sebelum menikmati bekal yang dibawa ke tempat kerja.
Rakan mangsa, Mohammad Nor Bujang, 55, yang meninjau kawasan tebing sungai berkenaan melihat seimbas lalu tangan mangsa melambai-lambai meminta bantuan sebelum tenggelam di samping menemui kesan-kesan pergelutan dan tapak kaki buaya.
Sehingga pukul 4 petang ini, mayat mangsa masih belum ditemui manakala operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sebelum disambung 10 pagi esok kerana cuaca buruk.
Nyawa suami, anak-anak terancam
Lelaki mati ditikam sekumpulan lelaki
Budak kahwin perogol disiasat
Sindiket 'bomoh Cina' tumpas
Misi buru penembak ganas
Kebun durian jadi makmal dadah dibongkar
Geng ragut, curi motosikal tumpas
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Kes bunuh Cinang: 2 suspek bebas, suspek baharu ditahan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup rokok guna bot pancung
Lima sekeluarga alami detik cemas disamun
Polis tahan suspek utama kes bunuh suri rumah
Maritim Malaysia gagalkan dua cubaan seludup rokok
Tiga penjenayah gagal pecahkan mesin ATM
Lagi aset Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang hilang
Judi: Enam ditahan, 63 komputer dirampas
Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori
Pasukan khas ditubuh buru penjenayah 'koboi'
Mangsa kemalangan sempat hantar SMS kepada abang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









