ARKIB : 06/07/2012
Persie mahu sertai City?
LONDON - Arsenal yang berang dengan pengumuman Robin van Persie untuk tidak memperbaharui kontrak percaya pemain itu bercadang untuk berpindah ke Manchester City.
Gunners terkejut dengan pengumuman Van Persie bahawa dia tidak akan mewakili kelab itu lagi, semalam. Arsenal mengeluarkan kenyataan balas mereka dan akan memaksa pemain yang meledak 37 gol musim lalu, melihat semula baki kontrak.
Beberapa kelab besar sedia untuk menyambar Persie antaranya City. Pengumuman pemain Belanda itu bakal membuka pintu kepada perpindahan mega.
Semalam, pemain City, Mario Balotelli dalam twitter berkata: "Adakah Robin akan berpindah dan menyertai kami? Saya memang mahu beraksi bersamanya."
Arsenal telah kehilangan beberapa pemain terbaik termasuk Thierry Henry, Samir Nasri dan Cesc Fabregas, setelah Gunners gagal memenangi trofi sejak Piala FA 2005.
Hanya semalam barulah bos Arsenal, Wenger menggesa ketua eksekutif, Ivan Gazidis menggandakan gaji mingguan Van Persie pada 90,000 pound (RM442,000) untuk mengekalkan pemain itu.
Arsenal enggan melepaskan Van Persie menyertai City, setelah Gael Clichy, Patrick Vieira, Kolo Toure, Emmanuel Adebayor dan Nasri menyertai pasukan tersebut.
Ketika City gembira untuk menawarkan 10 juta pound (RM49 juta), Gunners hanya sedia melepaskan Van Persi untuk jumlah 20 juta pound (RM98.2 juta). - AGENSI
Milan lengkapkan kuota ke Liga Juara-Juara
Pedrosa takluk Le Mans, dahului senarai dunia
Nadal, Serena julang trofi Rome Masters
Arsenal raih slot terakhir ke Liga Juara-Juara
Ancelotti angkat kaki, hangatkan spekulasi ke Real
Arsenal hampakan Tottenham
Tangisan Beckham
Federer, Nadal berentap di final Rome Masters
Beckham diberi penghormatan kemudi PSG
Atletico juara, Real lalui musim paling buruk
Hoyer Larsen dipilih sebagai presiden baharu BWF
Tenis: Djokovic tumbang, Sharapova tarik diri
Atletico julang Piala Raja Sepanyol
FA mahu Beckham kekal
Jodoh Lampard masih panjang
Mourinho gagal hadir sidang akhbar
Nadal nyaris tumbang, Serena ke suku akhir Terbuka Rome
Vieira dinamakan dalam barisan jurulatih Manchester City
Tenis Terbuka Rome: Sharapova garang ke suku akhir
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










