ARKIB : 06/07/2012
Saiz dana KWAP RM79 bilion
KUALA LUMPUR 5 Julai - Saiz dana Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melonjak kepada RM78.93 bilion, kenaikan sebanyak 11.93 peratus pada 31 Disember 2011, berbanding RM70.52 bilion tahun sebelumnya.
Menteri Kewangan Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, peningkatan dana itu dipacu pertambahan pendapatan pelaburan sebanyak RM4.66 bilion pada 2011, berbanding RM4.62 bilion pada 2010.
Menurut beliau, kumpulan itu merekodkan sejumlah RM5.20 bilion pada 2011, berbanding RM5 bilion pada 2010.
Katanya, peningkatan dana itu turut disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kakitangannya sebanyak RM4.02 bilion sepanjang tahun lalu.
"KWAP semakin mengukuh sejak ia ditubuhkan pada 2007 dan paling utama, KWAP perlu menyeimbangkan pertumbuhan mapan dan polisi pelaburan berhati-hati supaya boleh terus menjana kadar pulangan jangka panjang," katanya ketika berucap semasa mengumumkan prestasi kewangan KWAP di sini hari ini.
KWAP juga menerima Sijil ISO9001:2008 daripada Moody International Certification Malaysia Sdn. Bhd. pada majlis itu.
Turut hadir Pengerusi KWAP, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Azian Mohd. Noh.
Dari segi pendapatan, KWAP menjana sejumlah RM4.66 bilion pada 2011, pertambahan RM46 juta atau 1.0 peratus daripada tahun sebelumnya sebanyak RM4.62 bilion, yang mana 6.30 peratus dalam pulangan ke atas pelaburan (ROI) kasar.
Ahmad Husni berkata, ekuiti dan pendapatan tetap masih menjadi penyumbang utama pendapatan pelaburan KWAP tahun lalu dengan 47.17 peratus hasil pelaburan ekuiti, 50.81 peratus daripada pendapatan tetap dan 2.02 peratus melalui pelaburan alternatif.
Tambah beliau, KWAP juga menyaksikan hasil dalam pelaburan kelas-kelas aset tahun lalu dengan ekuiti merekodkan ROI kasar 10.6 peratus dan ekuiti swasta 13.39 peratus.
"Pelaburan-pelaburan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia memberi ROI kasar 5.37 peratus dan 5.74 peratus lagi daripada ROI kasar pelaburan-pelaburan dalam pinjaman dan Sekuriti Hutang Swasta," ujarnya.
Beliau memberitahu, KWAP telah menjana ROI secara purata 6.81 peratus sejak lima tahun lalu.
Katanya, bagi separuh pertama tahun ini KWAP telah mencatatkan ROI 3.44 peratus.
"Ia merupakan prestasi yang cukup membanggakan dengan mengambil kira berita negatif dan perkembangan luaran," tambah Ahmad Husni.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









