VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 04/07/2012

Sambutan wira juara Euro

Bas yang membawa pemain Sepanyol mengharungi lautan penyokong La Roja pada perarakan khas sempena meraikan kejayaan muncul juara Euro 2012 di Madrid, semalam. - AFP

MADRID - Kejayaan Sepanyol mempertahankan kejuaraan Euro 2012 diraikan penuh meriah oleh lautan penyokong, sekali gus melupakan seketika masalah ekonomi yang menghimpit negara itu.

Pemain yang memakai baju-T berwarna merah dengan tulisan 'Champions of Europe' diarak menggunakan bas dua tingkat melalui bandar utama menuju ke Plaza de Cibeles, untuk pesta meraikan kejayaan tersebut.

Selepas sahaja tiba di lapangan terbang Madrid-Barajas, ketua pasukan Iker Casillas, yang berada di hadapan pintu pesawat Iberia Airbus A319 menjulang trofi Euro.

Casillas yang ditemui media, ceria dengan kejayaan pasukannya.

"Amat puas hati dan gembira dengan kecemerlangan ini. Kejayaan ini sukar untuk diperolehi tetapi kami berupaya mendapatkannya.

"Saya juga gembira kerana semua orang di sini gembira," kata Casillas

Dalam pada itu, Raja Sepanyol, Juan Carlos, 74, yang masih sukar untuk berjalan kerana kecederaan pinggu,l turut meraikan kejayaan pasukan kebangsaan dalam satu majlis diraja di Palacio de la Zarzuela, Madrid.

"Sepanyol bangga dengan anda, sangat bangga dengan anda dan bukan hanya kerana anda adalah pemain yang hebat tetapi kerana pasukan anda yang amat mengagumkan," kata Carlos.

Casillas memberikan Raja Sepanyol jersi No. 1 yang ditandatangani oleh seluruh ahli dalam pasukan.

Kemeriahan telah mula dirasai di negara itu selepas Sepanyol memperoleh kemenangan 4-0 menundukkan Itali kelmarin. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.