ARKIB : 27/06/2012
Portugal dapat hidu Sepanyol cemas
GNIEWINO, Poland - Cristiano Ronaldo berikrar mengetuai Portugal untuk membenam Sepanyol dan melangkah ke final Euro kali kedua dalam tempoh lapan tahun.
Ronaldo juga mengejek Sepanyol yang merungut selepas menewaskan Perancis pada suku akhir, Ahad lalu apabila mendakwa rehat mereka lebih singkat berbanding Portugal.
Namun masalah sebenar Sepanyol ialah bagaimana untuk berdepan Ronaldo, yang kembali mendapat sentuhan jaringannya selepas gagal menjaringkan gol pada perlawanan menentang Jerman dan Denmark.
Ronaldo, yang berang dengan kenyataan Sepanyol berkata: "Tiga hari rehat sudah mencukupi.
"Pemain Sepanyol mengadu mereka kurang dua hari rehat yang mana ia tidak memberi kelebihan kepada mereka, tetapi sebagai pemain profesional saya percaya ia bukan masalah utama."
Bekas pemain Manchester United itu percaya Portugal yang diletakkan sebagai pasukan bukan pilihan mampu menyingkirkan pasukan pilihan Euro kali ini.
Aksi Ronaldo yang menangis di atas padang selepas Portugal yang ketika itu menjadi tuan rumah tumpas kepada Greece di Lisbon, lapan tahun lalu masih diingati.
Dia kini amat terdesak untuk memadamkan igauan buruk itu dengan melangkah ke final dan kali ini pemain tersebut berhajat membawa pulang trofi ke tanah airnya.
Katanya: "Saya tidak berasa tertekan berjumpa Sepanyol. Permainan ini merupakan sebahagian daripada kehidupan saya.
"Saya menghabiskan masa selama 10 tahun untuk beraksi dalam perlawanan sebegini untuk kelab dan negara dan saya telah biasa mengharunginya.
"Saya rasa bertanggungjawab tetapi tidak tertekan. Ia sesuatu yang menarik buat Portugal jika kami mampu layak ke final sekali lagi, ia memang sukar tetapi kami hanya selangkah sahaja lagi," katanya. - AGENSI
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










