VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 15/06/2012

Asas perakaunan zakat

SAYA ingin tahu sepintas lalu mengenai asas perakaunan zakat. Ini kerana, saya pernah terdengar ada orang menyatakan bahawa zakat adalah satu bidang dalam perakaunan.

JAWAPAN

TERIMA kasih kerana mengemukakan persoalan. Benar, apabila menyebut zakat, maka ia adalah satu ibadah yang sangat unik dan amat berkait rapat dengan bidang perakaunan. Ini kerana, zakat bukan sekadar ibadah biasa, tetapi ibadah maliyah (harta) yang sudah pasti mempunyai pengiraannya tersendiri.

Sebelum itu, apakah perakaunan? Jika kita merujuk ke dalam Kamus Dewan Edisi 4, perakaunan itu ialah sesuatu yang berkaitan dengan akaun, melibatkan prinsip-prinsip dan prosedur.

Maka, di sini adalah jelas apabila definisi ini dihubungkaitkan dengan zakat, maka zakat sememangnya satu ibadah harta yang mempunyai prinsip-prinsip dan prosedur tertentu yang wajib dipatuhi apabila mahu dilaksanakan.

Dalam pada itu, umumnya orang-orang awam akan membayangkan nombor-nombor dan bentuk-bentuk pengiraan tertentu apabila menyebut kalimah 'perakaunan'.

Maka dalam konteks ini, tidak salah sebenarnya apabila ada pihak yang membentuk satu terminologi khusus, iaitu 'perakaunan zakat'. Ini kerana di dalam menunaikan ibadah zakat sememangnya kita harus bermain dengan nombor dan mematuhi beberapa prosedur.

Mari kita selusuri sepintas lalu tentang asas perakaunan zakat ini.

Pertama, zakat mempunyai prosedur yang standard atau piawai yang tertentu sifatnya, dan ada di kalangan prosedur itu yang tidak pernah dan tidak akan pernah berubah sampai bila-bila sejak ia difardukan pada tahun ke-2 Hijrah.

Kedua, pengiraan zakat adalah tertentu sifatnya, yakni sudah ditetapkan. Misalnya, dalam mengira zakat perniagaan, secara umumnya ia wajib mengambil kira keuntungan perniagaan dalam setahun, ditambah dengan modal perniagaan yang 'cair' (yakni boleh ditukar kepada nilai wang), ditambah dengan hutang yang diberikan kepada peniaga lain yang akan dibayar pada tahun semasa dan ditolak dengan hutang-hutang perniagaannya dengan pihak lain.

Maka, secara asasnya pengiraan zakat perniagaan tidak boleh melanggar asas perakaunan ini. Secara umumnya kita boleh mengaitkan pula kehendak umum pengiraan ini dengan beberapa pengiraan zakat lain, misalnya zakat wang simpanan dan zakat pendapatan, yang masing-masing mempunyai asas pengiraannya yang tersendiri.

Ketiga, perakaunan zakat juga mengambil kira aspek penggunaan atau tolakan dalam pengiraan zakat berkenaan. Dalam zakat pendapatan misalnya, hanya pendapatan bersih yakni selepas mengambil kira tolakan tertentu, sama ada tolakan untuk diri sendiri, untuk isteri, anak-anak dan sebagainya, maka baharulah zakat akan dikenakan.

Walau bagaimanapun, penolakan-penolakan ini adalah tergantung kepada ketetapan pihak berkuasa di sesebuah negara berkenaan, sesuai dengan dengan corak dan keperluan di tempat-tempat tersebut. Ia akan berubah dari semasa ke semasa, sesuai dengan keperluan dan keadaan.

Kesimpulannya, perakaunan zakat ini adalah sesuatu tatacara yang membolehkan kita untuk menunaikan zakat dengan lebih teratur, sistematik dan tepat. Ia sekali gus melambangkan, betapa zakat adalah ibadah yang cukup teratur yang diturunkan Allah SWT demi maslahat seluruh umat manusia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.