VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 02/06/2012

Pengasuh ditahan reman bantu siasatan kes kematian bayi

BATU PAHAT 1 Jun - Seorang pengasuh berusia 42 tahun ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan kes kematian bayi perempuan berusia empat bulan yang di bawah jagaannya.

Laporan perubatan menunjukkan bayi malang itu, Lim Xiu Yao (gambar), mati lemas akibat ditekup dengan sesuatu di bahagian muka dan meninggal dunia kelmarin.

Mangsa sebelum ini dikatakan hilang sejak kelmarin ketika berada di bawah jagaan suspek sebelum mayatnya ditemui di sebalik pokok hiasan di sebuah tasik di sini pukul 7 malam tadi oleh orang awam yang berjoging di situ.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pengasuh yang merupakan seorang ibu tunggal itu direman selama seminggu bermula hari ini.

Bagaimanapun, suspek yang patah kaki masih dirawat di Hospital Batu Pahat dan diletakkan di bawah kawalan polis.

"Kita masih menyiasat kes ini daripada semua aspek termasuk dakwaan individu tertentu seperti disiarkan di laman sosial Facebook kononnya ada bayi lain yang mati sebelum ini ketika berada di bawah jagaan suspek," katanya kepada pemberita di sini.

Din berkata, bapa mangsa, Lim Aik Zheng, 38, seorang penyelia kilang pergi ke rumah pengasuh tersebut di Taman Bandar di sini pukul 9 malam kelmarin untuk mengambil anak mereka, namun mendapati bayi dan suspek tiada di situ.

"Dua orang anak pengasuh yang berada dalam rumah itu memberitahu ibu mereka keluar bersama bayi malang itu ke Tasik Y sejak awal pagi," katanya.

Bapa mangsa kemudian mencari anaknya di tasik itu dan menemui kereta pengasuh itu tetapi kedua-dua suspek dan bayinya tiada malah, usaha menghubungi suspek menerusi telefon juga gagal, katanya.

Din memberitahu, bapa mangsa pergi ke Hospital Batu Pahat keesokan hari setelah mendapat tahu pengasuh itu dirawat di situ dan suspek memberitahu dia keluar bersama bayi itu ke tasik itu pagi kelmarin untuk menampal iklan bagi menawarkan khidmat mengasuh.

"Suspek mendakwa dia telah ditarik masuk ke dalam kereta dinaiki tiga lelaki tidak dikenali sewaktu berada di tasik itu manakala bayi itu masih dalam kereta wanita terbabit.

"Bagaimanapun, ketika sampai di jalan berdekatan Stadium Batu Pahat, suspek cuba melepaskan diri dengan melompat keluar dari kereta sehingga menyebabkan kakinya patah," katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.