VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/06/2012

Bahagian Pesara PDRM beroperasi 16 Jun ini

ISMAIL Omar merasmikan Perhimpunan Veteran PDRM dan pra pelancaran Galerai Darurat Bukit Kepong di pekarangan Muzium Polis Bukit Kepong sambil diperhatikan oleh J.J. Raj (kiri) di Muar, semalam.

MUAR 31 Mei - Bahagian Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan 170,000 pesara polis akan mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, bahagian itu akan diletakkan di bawah Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menyelesaikan segala masalah dan keperluan mereka.

"Bahagian ini akan menjaga hal ehwal dan soal kebajikan pesara PDRM. Insya-Allah segala masalah melibatkan 170,000 pesara akan diberi perhatian sewajarnya.

"Sebelum ini kita pernah berbincang untuk memperkemaskan kebajikan semua pesara PDRM kerana kita tidak lupa segala jasa mereka ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Veteran PDRM dan majlis pra pelancaran Galeri Darurat Bukit Kepong di pekarangan Muzium Polis Bukit Kepong di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Datuk Seri J.J. Raj yang juga bekas Pengarah Pengurusan PDRM.

Ismail berkata, bahagian itu bukan sahaja akan menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran, malah bekerjasama dengan mereka dalam memberikan tunjuk ajar berdasarkan pengalaman luas dimiliki pesara polis ketika berkhidmat bersama PDRM.

Mengenai galeri tersebut, beliau berkata, ia akan dibina di tapak asal Balai Polis Bukit Kepong dengan kos RM15 juta untuk mengabadikan sejarahnya yang pernah diserang oleh pengganas komunis pada 23 Februari 1950.

Beliau yakin Bukit Kepong selepas ini akan menjadi satu lagi destinasi tumpuan pengunjung tempatan dan luar Johor untuk melawat sambil menambah ilmu pengetahuan berkaitan sejarah silam negara.

"Saya amat berterima kasih kepada pihak yang meluluskan pembinaan galeri ini. Kita juga sudah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membina reka bentuknya dan amat berpuas hati selain turut dibina berek polis yang asal," katanya.

Sementara itu, J.J. Raj berharap galeri tersebut akan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kejadian dan wira sebenar Bukit Kepong semasa serangan pengganas komunis yang mengorbankan 14 anggota polis, empat isteri dan lima polis bantuan.

Katanya, pengorbanan mereka tiada tolok bandingnya dan berharap generasi muda menghayati pengorbanan dan semangat patriotisme golongan berkenaan.

Pada majlis itu, seramai 29 pesara dan waris anggota polis yang telah meninggal dunia menerima bantuan saguhati khas RM3,000 setiap seorang bagi mengenang jasa serta sumbangan mereka sepanjang berkhidmat dengan PDRM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.