ARKIB : 01/06/2012
Warga emas maut kemalangan
ALOR SETAR 31 Mei - Seorang lelaki warga emas maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori, Proton Wira dan Perodua Kancil di depan Masjid Teluk Kechai, Jalan Kuala Kedah di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Syed Ismail Syed Idrus, 62, yang memandu Perodua Kancil maut di tempat kejadian setelah mengalami cedera parah di dada dan anggota badan.
Isteri mangsa, Sarifah Norma Abdullah, 51, anak lelakinya, Syed Mohd. Amirul Ashraf, 19, dan sepupu Sarifah Norma, Che Rokiah Ariffin, 53, yang berada dalam kereta itu turut cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Jamil Ahamed berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa terlanggar bahagian belakang Proton Wira yang berhenti secara tiba-tiba apabila sebuah lori muatan satu tan di depannya membrek secara mengejut.
Katanya, lori tersebut berhenti di hadapan masjid Telok Kechai apabila terdapat sebuah kenderaan di hadapannya berhenti untuk membuat pusingan U.
"Berikutan pelanggaran itu, kereta Kancil itu remuk teruk di bahagian depan manakala mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.
"Pemandu Proton Wira dan lori itu bagaimanapun tidak cedera dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu, sepupu mangsa yang hanya dikenali dengan Pak Syed berkata, Syed Ismail dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Peremba setelah menghadiri kenduri di Teroi, Yan di sini.
"Sepupu saya mempunyai dua orang anak. Arwah merupakan seorang yang peramah dan mudah mesra serta gemar berjenaka.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada minggu lalu di Teroi dan dia berjenaka dengan saya seperti biasa," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HSB semalam.
Polis siasat Malaysia Spring
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Ustaz Kazim jadi tarikan
Bantu NGO kucing
Perkim kaji semula perlembagaannya
Jangan percaya harga barang naik
Bekalan air kurang, kapasiti pengeluaran capai maksimum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









