ARKIB : 31/05/2012
Pengurus Swansea ganti Dalglish?
ENGLAND - Liverpool berhasrat untuk melantik pengurus Swansea City, Brendan Rodgers sebagai pengurus baru hujung minggu ini.
Kelab Liga Perdana Inggeris itu kini sedia untuk menghampiri Swansea buat kali kedua bagi mendapatkan kebenaran berbincang dengan pengurus mereka yang dianggap sebagai pilihan menggantikan Kenny Dalglish di Anfield.
Rodgers bertemu Pengerusi Swansea, Huw Jenkins selama dua jam kelmarin. Liverpool memberitahu perbincangan tersebut tiada kaitan dengan agenda yang diinginkan kerana pengurus kelab Welsh itu masih mempunyai kontrak bersama kelab tersebut.
Wakil pemilik Liverpool, Fenway Sports Group juga sudah tiba di England.
Malah, pengerusi Tom Werner dijadual akan menghadiri perjumpaan tahunan Liga Perdana Inggeris hari ini dan bakal menilai individu untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus Liverpool.
Boss Wigan, Roberto Martinez adalah salah seorang pencabar untuk jawatan tersebut.
Martinez masih belum mempunyai apa-apa kontrak bersama Liverpool sejak minggu ini meskipun Pengerusi Wigan, Dave Whelan mencadangkan lebih banyak perbincangan antara warga Sepanyol itu dengan Liverpool.
Jawatan pengurus Liverpool kini dilihat semakin menghampiri Rodgers bagi mengisi kekosongan struktur baru kelab tersebut.
Malah kelab itu juga seakan berminat untuk mengambil seorang pengarah teknikal atau sukan bagi membantu Rodgers. - AGENSI
Jepun garang sebelum tewas kepada Itali
Brazil mara ke separuh akhir Piala Konfederasi
Sepanyol juara Bawah 21 Eropah
Jordan, Uzbekistan ke playoff zon Asia
Aston Villa ikat penyerang muda Denmark
Positif dadah: Pelari Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











