VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 28/05/2012

RM750,000 naik taraf Sekolah Islamiah Tawau

Mohd. Kamil Mohd. Kassim diiringi Amrullah Kamal menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar cemerlang, Safiyyah Nur Aisyah Baduhalin di Sekolah Menengah Islamiah Tawau, Tawau, semalam.

TAWAU 27 Mei - Sebanyak RM750,000 akan digunakan bagi menaik taraf Sekolah Islamiah Tawau iaitu sekolah agama tertua di negeri ini pada tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Islamiah Tawau, Datuk Mohd. Kamil Mohd. Kassim berkata, peruntukan daripada Kerajaan Pusat itu akan digunakan bagi membina makmal dan bengkel kemahiran hidup.

"Peruntukan tersebut akan digunakan bagi membina dua buah makmal dan dua buah kelas kemahiran hidup di sekolah menengah.

"Kita juga merancang menambah tiga lagi bilik darjah bagi menampung pelajar Tingkatan Satu yang semakin meningkat," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kedua, Persatuan Alumni Sekolah Islamiah Tawau (Asist) di Dewan Sekolah Menengah Islamiah Tawau di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Asist, Ir. Amrullah Kamal.

Sekolah Islamiah Tawau yang dibina pada 1970 begitu unik kerana ia meliputi Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Sekolah Tadika.

Menurut Mohd. Kamil, pihaknya merancang pembangunan berterusan sekolah berkenaan termasuk beberapa infrastruktur lain seperti surau.

Tambahnya, dalam memperkasakan lagi sekolah itu pihaknya juga mengambil keputusan memasukkan sekolah rendah di dalam program sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

Beliau memberitahu, pada masa ini sekolah menengah telah menggunakan SABK sejak tiga tahun dahulu.

Sementara itu Amrullah berharap, semua ahli Asist menerap semangat kecintaan kepada perjuangan Islam yang telah disemai oleh pengasas sekolah berkenaan.

Katanya, semua ahli harus berusaha keras bagi membantu memajukan lagi sekolah berkenaan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.