VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 25/05/2012

Geran Pembangunan Pasaran

Mustapa Mohamed bersama Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) , Datuk Mah Siew Keong (tengah) dan Timbalan Pengarah 2 Matrade , Datuk Zakariah Kamarudin melakukan gimik pelancaran Aplikasi Mobile Matrade di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan nilai siling bagi Geran Pembangunan Pasaran untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ditingkatkan kepada RM100,000 untuk setiap syarikat berbanding RM30,000 sebelum ini, berkuatkuasa 1 Julai ini.

Syarat maksimum perolehan tahunan syarikat untuk setiap permohonan turut dinaikkan daripada RM5 juta kepada RM25 juta bagi menarik lebih banyak syarikat dalam sektor perkhidmatan untuk menerokai pasaran luar negara.

Jumlah maksimum pekerja juga ditingkatkan daripada 50 pekerja kepada 150 pekerja dalam syarat geran baru berkenaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagi menampung peningkatan tersebut, jumlah keseluruhan geran turut bertambah daripada RM20 juta pada 2011 kepada RM50 juta tahun ini.

Katanya, peningkatan nilai siling dan maksimum perolehan dibuat berdasarkan maklum balas PKS khususnya dalam sektor perkhidmatan yang sebelum ini gagal memohon bantuan berikutan syarat maksimum yang ditetapkan terlalu rendah.

"Oleh itu, dengan geran baru ini, diharapkan lebih ramai usahawan sektor perkhidmatan mengeksport produk mereka ke luar negara bermula tahun ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar Kewangan Perdagangan untuk Eksport PKS, di sini hari ini.

Pada 2011, geran yang sama bernilai RM20 juta berjaya membantu 1,300 PKS dan perangkaan itu dijangka meningkat kepada 1,800 PKS pada tahun ini.

Mengulas mengenai jangkaan Bank Dunia terhadap kejatuhan eksport ke China pada tahun ini, beliau berkata, impaknya tidak membimbangkan Malaysia.

"Setakat ini perkara berkenaan tidak besar kepada kita, dan kerajaan ketika ini sedang berusaha menguatkan pelaburan serta permintaan domestik.

"Sektor pelaburan domestik tumbuh 90 peratus diikuti sektor pembinaan 15 peratus. Pelaburan langsung asing juga mencatatkan RM7.5 bilion pada suku pertama. Ekonomi kita agak baik ketika ini" katanya.

Tambah beliau lagi, walaupun berdepan dengan kemelut berkenaan kerajaan masih optimis untuk mencapai sasaran pertumbuhan eksport antara lima hingga enam peratus pada tahun ini ke negara berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.