ARKIB : 16/05/2012
DAP tidak beri ruang untuk perbezaan pendapat - Najib
LONDON 16 Mei - Peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam DAP menunjukkan bahawa parti itu, yang kononnya demokratik, tidak memberi ruang kepada perbezaan pendapat dalam parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.
Walaupun tidak mengenali Tunku Abdul Aziz secara peribadi, beliau percaya Tunku Abdul Aziz adalah “seorang lelaki yang sangat berprinsip".
Najib berkata, apabila prinsip yang dipegang itu tidak dihormati pihak tertentu iaitu DAP, tidak ada jalan lain baginya (Tunku Abdul Aziz) selain meletakkan jawatan.
"Pada kesudahannya, Tunku Abdul Aziz lebih mementingkan maruah dirinya kerana beliau merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip," katanya kepada wartawan Malaysia hari ini.
Beliau berkata, Tunku Abdul Aziz mempunyai perbezaan pendapat berhubung demonstrasi jalanan yang beliau percaya boleh membawa kepada huru-hara dan kerosakan harta benda, dan kerana itulah beliau tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian.
"Tapi nampaknya parti DAP tidak memberi ruang pada perbezaan pendapat dalam parti yang menggelarkan diri mereka parti demokratik," kata Najib.
Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar parti dan melepaskan jawatannya dalam DAP semalam.
Beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP sebaik menyertai parti itu pada 2008.
Tunku Abdul Aziz dilaporkan sebagai berkata beliau tidak mempunyai pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan parti itu. - BERNAMA
Penduduk Palestin anjur demonstrasi
Mangsa culik guna Google Maps cari semula keluarga
Lelaki benci gay tembak mati seorang lelaki homoseksual
Israel mahu lancar banyak serangan
Iran: Mungkin berlaku rusuhan
Pyongyang ujian peluru berpandu lagi
Filipina tunggu kemarahan Taiwan reda
Berpuluh cedera kereta terbabas langgar perarakan
Tentera Nigeria gempur kubu pemberontak, 10 maut
Kumpulan bersenjata culik bapa Timbalan Menteri Luar Syria
Demonstrasi serang gay
Korea Utara lancar peluru berpandu
Kereta api berlanggar, 60 cedera
Pelakon lari selamatkan diri
Kes kematian nelayan: Filipina sangkal dakwaan Taiwan
Polis China tahan lelaki ancam letup pesawat
Bayi baru lahir dinamakan sempena Taufan Mahasen
Barangan kemas Chopard dicuri
43 maut dalam letupan di Iraq
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









