ARKIB : 13/05/2012
Kuin didakwa kenakan bayaran semakan kemasukan
ALOR SETAR 13 Mei - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012.
Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Idris.
Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan Kuin, yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini menyalahkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai punca Kuin terpaksa menaikkan yuran pengajian.
"Pendedahan terbaru ini menjelaskan masalah kewangan Kuin yang diwar-warkan oleh Azizan sebagai kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pas mendirikan universiti sendiri tetapi pada masa sama ia menyerlahkan kepincangan pentadbiran mereka.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah dan Kuin khususnya kerana bijak menguruskan kewangan dengan baik sehingga mengenakan bayaran RM25 untuk menyemak kemasukan yang biasanya ditawarkan percuma oleh IPTA dan IPTS lain," kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid. - BERNAMA
Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji
Mekanik ditahan miliki 5 senapang angin
6 pendaki negara takluk puncak Everest
Abu Zahar gesa Karpal hormati Perlembagaan
JKR siasat kejadian bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas runtuh
20 murid SK Bukit Lintang keracunan susu
Kereta terpakai: JPJ Selangor, dua pihak dibenar merayu
Rakyat Singapura dipenjara 7 hari kerana pandu secara melulu
Pusat peruntuk RM69 juta bangun syiar Islam di Kelantan
3 lagi pendaki negara tiba di puncak Everest
12 cemas bumbung masjid runtuh
Omar Kaseh Ketua Pengarah MAMPU baharu
Dua pendaki Everest-Felda berjaya sampai puncak pagi ini
Dalang Lahad Datu diketahui
Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh
Banteras rasuah kukuhkan kedudukan pemimpin
Kerajaan usaha turun caj internet
Ekonomi separuh kedua kukuh
Sistem penggiliran penguat kuasa KPDNKK
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









