VERSI : Mobile | Akhbar Digital
15 September 2014 / 20 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 12/05/2012

Adabi taja Pertandingan Memancing Pantai anjuran JPMM

ZAINAL Abidin Osman (dua dari kanan) menerima replika cek tajaan barangan Adabi bernilai RM5,000 bagi pertandingan memancing pantai anjuran JPMM dan DUN Endau daripada Zainuddin Salleh (tiga dari kanan) di Nusajaya, semalam.

NUSAJAYA 11 Mei - Pertandingan Memancing Pantai anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau menerima tajaan berupa produk rempah-ratus Adabi dan air mineral keluaran Adabi bernilai RM5,000.

Pengurus Besar Produk Optima Sdn. Bhd., Zainuddin Salleh berkata, tajaan tersebut termasuk 500 botol air mineral kepada petugas dan sepaket rempah kari ikan seberat 30 gram kepada setiap peserta.

"Selain itu, kita juga menyediakan 20 hamper berupa barangan Adabi untuk diberi kepada pemenang pertandingan memancing dan memasak pada hari tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Replika cek tajaan tersebut diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Datuk Zainal Abidin Osman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri pada satu majlis ringkas di pejabatnya di Kota Iskandar.

Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia menjadi akhbar rasmi dan penganjur bersama pertandingan itu.

Pada majlis itu, syarikat P.A. Salam & Sons Sdn. Bhd., turut menyerahkan tajaan berupa kemeja T untuk para peserta pertandingan berkenaan.

Pertandingan Memancing Pantai yang berlangsung di Kampung Semanyir, Endau, Mersing pada 20 Mei ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM8,900 dan cabutan bertuah bernilai RM4,000.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM3,000, manakala naib juara dan tempat ketiga RM2,000 dan RM1,000.

Sementara itu, Zainal Abidin berharap penganjuran pertandingan seperti itu dapat menarik lebih ramai pelancong ke Mersing, sekali gus menjadikannya destinasi tumpuan seisi keluarga.

"Justeru, saya berharap penduduk di daerah itu keluar beramai-ramai untuk memeriahkan lagi program yang dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya menyasarkan lebih 500 penyertaan dan ia masih lagi dibuka kepada orang ramai. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Abu Mes'od di talian 013-7705597 atau Shafie Kassim di 017-7138033.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.