ARKIB : 02/05/2012
Hari Pekerja dicemari demonstrasi
JAKARTA 1 Mei - Hari Pekerja yang diraikan hari ini dicemari dengan tunjuk perasaan di beberapa buah negara, termasuk di Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut kenaikan upah dan persekitaran kerja yang lebih baik.
Di Indonesia, beribu-ribu pekerja mengadakan perhimpunan Hari Pekerja terbesar di Asia sambil dikawal ketat kira-kira 16,000 anggota polis dan tentera.
Dianggarkan lebih 9,000 pekerja berhimpun di bulatan utama di Jakarta sebelum berkumpul di Istana Presiden sambil membawa sepanduk dengan perkataan 'Tingkatkan upah kami' dan 'Hentikan kontrak merugikan'.
"Kos hidup telah meningkat tetapi gaji kami tetap sama. Gaji kami ketika ini hanya cukup untuk makan tetapi tidak cukup untuk menyimpan dan membiayai pendidikan anak-anak," kata seorang penunjuk perasaan, Muhamad Rusdi.
Di Manila, kira-kira 3,000 pekerja dan aktivis berhimpun di hadapan Istana Presiden dengan membawa patung besar Presiden Benigno Aquino yang digambarkan sebagai anjing suruhan kapitalis asing.
Aquino dalam ucapan sempena Hari Pekerja berkata, jika kadar upah dinaikkan, pelabur asing tidak akan datang ke negara ini dan ekonomi Filipina akan semakin mundur.
Di Kemboja, lebih 6,000 pekerja berhimpun di jalan-jalan raya di Phnom Penh bagi menuntut kenaikan gaji dan persekitaran tempat kerja yang lebih baik.
Anggota kesatuan turut menghantar petisyen kepada kerajaan bagi menggesa piawaian kerja yang lebih baik dan penubuhan mahkamah buruh.
Sami Buddha Loun Sovath yang merupakan aktivis hak asasi manusia turut menyertai perhimpunan yang disertai oleh pekerja kakitangan awam dan swasta itu.
Di Amerika Syrikat (AS) pula, demonstrasi dan mogok dirancang diadakan di seluruh negara itu, termasuk tunjuk perasaan yang akan dianjurkan oleh kumpulan anti-Wall Street.
Occupy Wall Street berjanji untuk melancarkan tunjuk perasaan di New York dan berpuluh-puluh lagi demonstrasi dirancang di seluruh AS.
Jumlah mereka yang akan menyertai tunjuk perasaan itu dan adakah ia akan membangkitkan semula pergerakan Occupy Wall Street, bagaimanapun masih belum dapat dipastikan. - AFP/REUTERS
Barangan kemas Chopard dicuri
43 maut dalam letupan di Iraq
Penduduk Hong Kong paling rasis
Israel mahu sahkan penempatan haram
Mahasen badai Myanmar, Bangladesh, 46 maut
Kenderaan pelancar peluru berpandu Korea Utara bertambah
Suami rasai sendiri pengalaman bersalin
1,000 penduduk China sertai demo halang bina kilang kimia
Taufan Mahasen membadai Teluk Bengal, 10 maut
China arah henti siar drama pertempuran dengan Jepun
Puting beliung badai Granbury
Barisan Nusra bunuh 11 askar Syria
4 maut akibat Taufan Mahasen
Rakyat berketurunan Cina malukan Malaysia di luar negara
Air manis tingkatkan risiko batu karang
Kecewa model landasan kereta api atas loteng diarah buka
Poland akan benarkan penyembelihan cara Islam
Pereka cipta topi untuk haiwan peliharaan
Dua jururawat Arab Saudi dijangkiti virus seperti SARS
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









