VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 01/05/2012

Industri bijih besi berkembang

Zakaria Mat Din menunjukkan kawasan lombong bijih besi, Lanchang Mining Sdn. Berhad di Kampung Luit, Maran, Pahang.

MARAN 30 April - Pahang merupakan negeri ketiga terbesar di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak yang dikurniakan pelbagai sumber alam semula jadi serta memiliki destinasi menarik untuk pelancong tempatan dan asing bercuti di sini.

Di sebalik keindahan alamnya, Pahang juga mempunyai hasil bumi yang menjana pendapatan kerajaan negeri serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan misalnya perlombongan bijih besi.

Potensi industri perlombongan bijih besi di Pahang semakin berkembang pesat berikutan bahan mentah itu sentiasa mendapat permintaan.

Sebuah syarikat lombong bijih besi iaitu Lanchang Mining Sdn. Bhd., (LMSB) beroperasi di Luit di sini membuktikan hasil bumi itu merupakan khazanah yang berharga.

Malah, ramai tidak menyangka bahawa kawasan hutan untuk cadangan projek rancangan tanah berkelompok Kampung Luit mampu bertukar menjadi kawasan perlombongan bijih besi.

Pemilik syarikat tersebut, Zakaria Mat Din, 57, berkata, operasi perlombongan bijih besi di kawasan itu bermula sejak Disember 2010 dan melibatkan kawasan seluas 40 hektar.

''Sejak itu kerja-kerja perlombongan digiatkan dan kini kedalaman lombong menjangkau 200 meter.

''Aktiviti perlombongan menggunakan kaedah mengorek tanah yang mengandungi bijih besi dan sesekali meletupkan batu keras bagi mendapatkan bahan mentah itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Zakaria yang merupakan anak tempatan Luit mengakui terdapat pelbagai cara untuk mengenal pasti lokasi simpanan biji besi termasuk melalui satelit.

Menurutnya, dengan menggunakan kaedah teknologi moden itu, dia mendapat maklumat penting iaitu kawasan tersebut mempunyai simpanan bijih besi yang banyak.

Katanya, kawasan bijih besi di situ merupakan bekas lombong lama awal 1960-an tetapi tidak dilombong secara meluas.

"Kebetulan pula kami tidak menjangka kawasan kampung tersebut juga mempunyai simpanan bijih besi yang masih banyak,'' jelasnya.

Katanya, kawasan perlombongan tersebut telah dibahagikan kepada tiga blok iaitu blok A, B dan C yang mana blok A sahaja mampu menghasilkan lebih 400,000 tan sejak dua tahun lepas.

''Secara purata sebanyak 2,000 tan sehari dihantar ke gudang simpanan di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan menggunakan 40 lori sebelum dieksport ke China,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.