VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 01/05/2012

Tiga maut bas dinaiki langgar tembok plaza tol

KUALA LUMPUR 1 Mei - Tiga termasuk pemandu bas maut manakala tiga lagi cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki melanggar tembok pembinaan plaza tol baru Sungai Buaya, Rawang di KM434 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pada pukul 1.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Afendi berkata bas yang membawa 48 penumpang dari Chenderiang, Perak, menuju ke Melaka itu hilang kawalan sebelum melanggar tembok dan terbalik di atas lebuh raya.

Beliau memberitahu Bernama mangsa yang maut ialah pemandu bas S.Velmurugu, 44, serta dua penumpang iaitu K.Vimala, 54, dan M.Setap, 46.

Katanya mayat ketiga-tiga mangsa itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Tiga penumpang yang cedera ialah R.Fahdilah, 14, dan Raja Nor Hayer Raja Yusof, 57, masing-masing patah tangan kanan manakala Salbiah Abdul Rahman, 64, pula mengalami kecederaan di kepala.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Norel Azmi berkata ketika kejadian, keadaan cuaca amat baik tetapi lokasi kemalangan dilaporkan gelap kerana tiada lampu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.