Sebaliknya menurut Zul Ariffin, dia hadir ke sana bersama dengan kakaknya atas urusan perniagaan.

“Biasalah, kalau berada di luar negara sudah pasti kita akan cari peluang untuk berjumpa orang Malaysia di sana.

“Kalau betul saya merisik, kenapa saya tidak bawa ibu saya sendiri ikut ke sana,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran filem Tombiruo hari ini.

Ditanya mengenai hubungan bersama Zahirah, jelasnya dia tidak mahu memberi sebarang komen mengenai apa-apa kisah cintanya buat masa ini.

“Saya lebih selesa untuk bercerita mengenai kerja sahaja dan lain-lain mengenai kisah cinta, saya tidak akan kongsikan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE