Gambar tersebut dimuat naik kira-kita pukul 8 malam dan telah dipadamkan dua minit kemudian.


Bagaimanapun, gambar tersebut sempat diambil oleh netizen. Ia telah tersebar dan menjadi bualan hangat dalam Twitter.


Perkara ini sangat mengejutkan netizen dan ada antara mereka yang tidak percaya pelakon filem Tombirou itu sanggup melakukan perkara tersebut.


Sementara itu, kelab peminat rasmi Zul iaitu Zul Ariffin FC telah memuat naik kenyataan bahawa akaun IG pelakon itu telah digodam oleh individu tidak bertanggung jawab. - UTUSAN ONLINE.