Memilih nama Zizan Mart untuk kedai serbanekanya ini, jelas Zizan atau Razizan Razak, 31, lebih banyak cawangan bakal dibuka di negeri ini kelak.

“Saya pilih Kelantan kerana lihat banyak perniagaan berkembang di negeri ini.

“Selain itu juga, harapan saya tentunya untuk membuka lebih banyak cawangan dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan buat penduduk sekitar,” katanya pada majlis pelancaran kedai itu di sini hari ini.

Sementara itu, majlis perasmian Zizan Mart turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood. - UTUSAN ONLINE