Mary dengar ramai yang mengadu pasal Zarina yang sekarang galak buat video ala-ala membebel di Instagram. Kebanyakan video ringkas tu menyaksikan Zarina bercakap dan berkongsi mengenai isu gender. Sepertinya dia banyak membebel lelaki yang tak bertanggungjawab. Eh, sindir bekas suami ke tu?

Mary faham, dia mungkin masih terkesan dengan perpisahan yang berlaku antaranya dengan bekas suami. Kita mungkin boleh mengata macam-macam, tapi hanya dia sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap perkahwinan terdahulu. Mungkin juga boleh beri pengajaran kepada wanita lain. Tapi biarlah cara yang lebih lembut dan bersopan.

Ada yang pesan, kalau nak kutuk lelaki A, bantai sahaja yang itu. Jangan dikaitkan dengan lelaki lain. Tak semua lelaki buruk perangai dan rasanya masih ramai lagi yang budiman dan baik pekerti macam teman lelaki Mary. Eh....

Dengar khabarnya lagi, Zarina betul ke dia sudah berjumpa dengan pengganti? Ada yang menyampaikan cerita yang mengatakan dia sekarang berkasih dengan seorang lelaki dari negara Brunei juga. Lelaki tersebut juga datang daripada golongan kenamaan yang berketurunan. Amboi bertuah badan. Patah tumbuh hilang berganti ibaratnya.

Cuma sejauh mana hubungan mereka tak pula diketahui. Tapi kalau dah jumpa yang betul-betul berkenaan tu, jangan tunggu lama-lama sangat, nanti dikebas orang.