Berita tersebut dimaklumkan oleh salah seorang anak tirinya, Hafiz di Facebook yang mengesahkan pelakon tersebut menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan kanser esofagus (Esophageal Cancer) tahap empat sejak September lalu.

“Ayah telah pergi dijemput Ilahi pada pukul 1.30 tengah hari tadi. Jenazah akan dikebumikan selepas Isyak.

“Mohon doa semua agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan terpilih,” katanya. - UTUSAN ONLINE