Adik lelaki Ashraf iaitu Adam Sinclair mengikat tali pertunangan bersama penyanyi yang kini berpengakalan di Amerika Syarikat pada 5 Ogos lalu.

Ashraf, 38, berkata, mereka menerima wanita berusia 30 tahun itu sebagai sebahagian daripada anggota keluarga.

“Yuna seorang gadis yang bijak, hebat dan kreatif. Kami sekeluarga anggap dia seorang yang menyenangkan setiap kali berjumpa.

“Keluarga dia berasal dari Perak begitu juga dengan keluarga saya. Ya, kami semua memang gembira bila dia akan jadi sebahagian daripada keluarga besar kami,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Tambah Ashraf lagi, biarpun mereka tinggal berjauhan di antara satu sama lain, jauh di sudut hatinya dia tidak mampu membuang perasaan rindu terhadap keluarga di tanah air.

“Saya tinggal jauh di Indonesia, saya harap bila dia sudah berumah tangga, kami masih lagi berhubung untuk bertanya khabar masing-masing.

“Mestilah perasaan rindu itu ada sebab dah 10 tahun saya tinggal di sini dan jarang dapat berkumpul bersama adik-beradik yang lain,” tuturnya.

Ashraf ditemui UTUSAN ONLINE ketika majlis pra pelancaran dan sesi penggambaran drama bersiri Dosa di Jakarta. - UTUSAN ONLINE