Sambil memperagakan dres hitam rekaan pereka fesyen Hatta Dolmat, penampilan Yuna itu begitu membanggakan apabila menjadi artis Malaysia pertama yang mendapat peluang sedemikan.

Gambar yang bertajuk Hijabi Crush itu bakal dimuatkan dalam terbitan Ogos ini yang menampilkan aktres Jourdan Dunn sebagai penghias muka depan majalah.

Menerusi laman Instagram miliknya, Yuna berharap suatu hari nanti dia dapat menjadi penghias muka depan pula. - UTUSAN ONLINE