Katanya sehingga ke hari ini, dia masih bekerja seperti biasa dan tidak mengalami masalah kewangan seperti yang diperkatakan beberapa pihak.

“Mana ada saya hidup melarat, semuanya seperti biasa. Saya masih bekerja malah ada sahaja produk saya di televisyen.


“Saya tidak tahu bagaimana dakwaan ini timbul dan mengapa dimulakan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Fiesta Getthis.com.my baru-baru ini.


Menjelaskan dakwaan yang mengatakan dia gagal membayar sewa rumah beberapa tahun lalu, kata Yassin semuanya sudah diselesaikan dengan baik sebelum ini.


“Itu hanya salah faham tetapi saya sudah selesaikan dengan baik. Tidak ada apa-apa lagi.


“Mungkin ada yang melihat rentetan dari itu kehidupan saya susah tetapi ada perkara yang mereka perlu tahu, artis seperti saya ini tidak mempunyai pendapatan bulanan. Kami dibayar mengikut waktu tertentu dan jumlahnya banyak,” jelasnya panjang lebar.


Melihat ujian yang diterima, kata Yassin sehingga ke hari ini dia bersyukur masih menerima tawaran dalam bidang lakonan seperti biasa.


“Alhamdulillah ada sahaja tawaran yang diterima dan ia tidak putus. Itu sebahagian rezeki yang saya terima.


“Bagaimanapun ingin saya betulkan pendapat beberapa pihak yang gemar meletakkan rezeki hanya pada harta benda. Sebenarnya mempunyai kesihatan yang baik juga adalah satu rezeki buat kita dan perlu kita bersyukur,” kongsinya. - UTUSAN ONLINE