Menurut suaminya Fadzil Zahari, memang sudah menjadi niat dia untuk membelikan isterinya itu sebuah kereta.

Malah sebelum membeli kereta jenis Honda CRV Turbo ini dia dan Yana turut membuat pandu uji ke atas beberapa kereta lain.


“Memang kami mahu membeli kereta, malah ada membuat pandu uji ke atas beberapa kereta lain. Tetapi Yana memang suka kereta CRV Turbo ini.


“Ketika buat keputusan hendak membeli kereta ini dia memang tidak tahu. Malah proses membeli kereta ini hanya berlaku dalam tempoh dua minggu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.


Ditanya mengenai sambutan hari lahir Yana, kata Fadzil dia turut merancang untuk membuat kejutan bersama keluarga dan para peminat isterinya itu.


“Kami hanya membuat rancangan makan malam di sebuah pusat hiburan bersama peminat. Soal hadiah kejutan itu Yana sememangnya tidak tahu,” katanya.


Sementara itu Yana berkahwin dengan pelakon dan penulis skrip Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang anak Aisy Mateen berumur 1 tahun.- UTUSAN ONLINE