Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wings tanpa Joe

Bantu Yazit

YAZIT (duduk tengah) bersama-sama sebahagian artis yang akan membuat 2
YAZIT (duduk tengah) bersama-sama sebahagian artis yang akan membuat persembahan pada Konsert Wings and Superfriends - Belenggu Irama.

KEMELUT yang melanda kumpulan rock terkenal ini sejak awal tahun lalu tiba ke penghujungnya. Melalui vokalis Wings, Datuk Awie, dia mengesahkan yang kumpulan itu kini akan meneruskan perjuangan tanpa gitaris utama mereka, Joe.

Satu keputusan yang dapat diagak namun peminat sebenarnya masih mendambakan agar kumpulan ini kembali bersatu. Enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Awie menolak adanya permusuhan antara Wings dan Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 48.

Mega HITS berkongsi penjelasan lanjut dengan Awie mengenai situasi sebenar yang berlaku kepada Wings serta perancangan Wings untuk menganjurkan konsert bagi membantu bekas pemain dram Search, Yazit yang kini menderita pelbagai jenis penyakit.

 

Mega HITS : Wings tanpa Joe, apa yang akan berlaku?

Awie: Tiada masalah, Joe hanya pemuzik dan kita ada lebih ramai pemuzik muda yang berbakat. Soalnya kini juga, Joe sudah mempunyai kumpulan lain. Rasanya tidak ada masalah untuk Wings meneruskan perjuangan memandangkan muzik Wings bukan dibentuk oleh individu.

Masih ramai yang keliru dengan status Wings?

Wings kini hanya bertiga, kami tidak akan mencari gitaris baharu. Selepas berbincang, Wings dan Joe akan membawa haluan berbeza.

Punca sebenar Wings tinggal bertiga kini?

Maaf saya tidak boleh berkongsi tentang soal itu.

Ada dendam yang tersimpan dengan keputusan ini?

Tiada... jujurnya saya tidak bermusuh dengan sesiapa. Bagi Wings, keluar masuk ahli kumpulan bukan soal baharu. Saya juga pernah keluar Wings malah Black juga. Jadi ini bukan benda pelik.

Tanpa Joe, apa pembaharuan yang akan dibawakan?

Kami akan bawakan muzik berbeza buat peminat. Soalnya kami mahu keluar dari kepompong, masih rock namun ada yang mahu kami tonjolkan. Kemungkinan besar kami akan keluarkan single dahulu.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan