“Semalam, saya tertidur dalam pesawat dan mengalami sakit tengkuk. Hari ini, ketika saya berada di sebuah kafe di sini, seorang peminat memanggil saya dari belakang.

“Saya mahu menoleh ke belakang, tetapi disebabkan sakit tengkuk, saya tidak memandang ke arahnya,” kata Lee Hom yang dipetik agensi Channel News Asia.

Tambah penyanyi itu, peminat berkenaan turut meminta tandatangannya tetapi dia tidak mampu menoleh ke belakang disebabkan kesakitan itu.

“Dia pasti berasa saya bertindak kurang sopan kerana tidak menoleh ke arahnya. Saya harap sesiapa yang mahu menegur saya, anda boleh datang dari hadapan,” ujarnya.