Portal hiburan dan gaya hidup baharu, Media House Entertainment (MHE) TV melaporkan, Allahyarham sebelum ini disahkan menghidap kanser ovari sejak 2014 dan sering berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan.

Berita pemergiannya dikongsi bekas personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi menerusi akaun media sosialnya.

Disebabkan penyakit kanser dihidapinya, Allahyarham terpaksa membuang keseluruhan organ wanitanya termasuk menerima 18 kali rawatan kemoterapi di Institut Kanser Negara, Putrajaya. - UTUSAN ONLINE