“Saya adalah pelakon, bukannya penyanyi. Disebabkan itu, agak canggung apabila menerima pujian berkaitan vokal saya.


“Apapun, terima kasih kerana mempercayai dan menghargai bakat yang saya miliki. Ini semua adalah hasil tunjuk ajar Altimet dan Mia Palencia yang turut terbabit dalam pementasan ini,” katanya usai sesi tayangan perdana OlaBola The Musical, semalam.


Mendendangkan beberapa seleksi lagu yang melatari teater berkenaan termasuk sebuah lagu berjudul Pasti, teraju filem Interchange itu berharap audiens dapat mengamati setiap bait lirik yang dinyanyikannya untuk pemahaman yang lebih mendalam.


Katanya, Altimet adalah individu yang bertanggungjawab menulis lirik kebanyakan karya yang dipentaskan dan kagum dengan bakat penulisan penyanyi rap itu.


Sementara itu, ketika diajukan soalan sama ada dia berminat untuk melebarkan bakatnya dalam lapangan seni suara, bagaimanapun Iedil enggan mengulas lanjut.


“Biarlah saya tamatkan dulu pementasan ini yang memakan masa selama sebulan. Kemudian, barulah saya fikirkan akan hal tersebut,” ujar pemilik nama penuh Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin itu. - UTUSAN ONLINE