"Saya sentiasa kagum dengan lakonan Rekha dan ia menjadi inspirasi kepada saya ketika berlakon," ujarnya.

Vidya memberitahu media tentang perkara itu pada satu majlis anugerah yang diadakan di Mumbai, baru-baru ini di mana kedua-dua aktres itu tampil berpakaian sari yang agak sama.

Apabila ditanya adakah dia meniru gaya penampilan pelakon veteran itu, Vidya menjawabnya dengan teruja: "Ia merupakan pujian terbesar bagi saya, bukan sahaja lakonannya, malah penampilan yang menarik dan menawan turut menjadi inspirasi kepada saya.

"Sama seperti Rekha, saya suka memakai sari," ujarnya.

Tambah Vidya, imejnya sebagai seorang wanita India datang daripada Rekha dan ibunya.

Vidya kini sedang berlakon dalam filem terbarunya, Kahaani arahan Sujoy Ghosh.

Filem tersebut dijadual ditayangkan pada 9 Mac ini. - AGENSI