Sahara, 62, berkata, beliau merasa amat terharu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi memilihnya sebagai salah seorang artis tanah air untuk menyertai pakej umrah baru-baru ini.

"Saya amat berterima kasih pada PM dan isteri kerana memberi peluang kepada saya untuk mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

"Saya tidak tahu macamana nak menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.

"Saya rasa Datuk Seri dan Datin Seri mungkin tidak pernah melihat persembahan saya.

Pister Konsert Sahara
Pister Konsert Sahara

"Jadi, saya ingin menjemput Datuk Seri dan Datin Seri hadir pada persembahan saya di WOW KL," kata Sahara dalam nada sebak pada sidang akhbar di sini, hari  ini.

Majlis sidang akhbar diadakan bagi menguar-uarkan perubahan tarikh persembahan Sahara Yacob I Am Back pada 3 dan 5 April ini.

Jadual asal persembahan ialah pada 3  Mac di sebuah restoran di ibu kota tetapi atas sebab teknikal dan ketidaksesuaian tempat maka pihak penganjur terpaksa mengubah dan memilih WOW KL yang kini berwajah baharu sejak mengambil alih pengurusan daripada Saloma Bistro pada September tahun lepas.

Menurut Sahara yang menjanjikan persembahan bertaraf antarabangsa sempena Minggu Setiausaha, beliau amat bersyukur kerana nama besar dalam industri hiburan Malaysia seperti Helen Yap yang akan menggalas bertanggungjawab sebagai Pengarah Muzik manakala Bombay bertindak sebagai Pengarah Persembahan.

Persembahan Sahara Yacob I am Back pada 3 April untuk makan tengah hari (12.30 pm) manakala persembahan makan malam ialah pada 5 April.

Tiket-tiket berharga RM300, RM200 dan RM150 dijual selain daripada penjualan meja RM3,000 (meja hadapan), RM2,000 dan RM1,500.

Untuk pertanyaan, tempahan dan pembelian tiket secara individu atau meja boleh hubungi Cik Nani 016-3944118. - UTUSAN ONLINE