Selain teruja, Sufian ketika ditemui juga mengharapkan agar single baharunya itu dapat pergi lebih jauh dan menjadi siulan peminat khususnya mereka yang dapat memahami maksud lagu tersebut.

“Gemuruh juga tapi saya bersyukur lagu tersebut dapat diterima ramai oleh peminat. Bila tonton video nyanyian semula daripada peminat dan rakan artis, saya cukup teruja serta berterima kasih,” katanya.

Sufian menyanyikan lagu yang bakal dilancarkan Jumaat depan itu kepada semua pembaca UTUSAN ONLINE. - UTUSAN ONLINE