Dalam nada penuh gem­­bira, buah hati rakyat Ma­­laysia itu menzahirkan rasa kesyu­kuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana memakbulkan doa yang tidak pernah putus dipanjatkannya.

Usia kandungan pe­nya­nyi berusia 38 ta­hun itu kini mema­su­­ki empat bulan.

 

Me­­nurut Siti Nurhaliza, benih cinta beliau dan Khalid, 58, itu merupakan rezeki yang terlalu agung buatnya, malah tanpa berselindung turut mem­be­ritahu yang dia menjalani rawatan kesuburan di se­­buah pusat perubatan da­­lam usahanya untuk menimang cahaya mata.

“Alhamdulillah, tiada ka­­ta yang dapat menggam­­barkan rasa syukur dan gem­­biranya kerana Allah memberikan kur­niaan yang terlalu agung ini selepas 11 tahun kami bersabar.

“Inilah juga menjadi sebab utama kenapa saya memilih untuk berehat ke­rana kandungan dan bayi ini menjadi ke­utamaan saya,” kata Siti Nur­haliza yang ditemani suaminya dalam sidang akhbar di kediamannya di sini malam ini.

Pengesahan yang dibuat Siti Nurhaliza itu sekali gus menjawab pertanyaan ne­tizen dan media yang sebelum ini sering berteka-teki mengenai kehamilannya berikutan penyanyi berke­naan tidak muncul dalam pelbagai acara hiburan.

Media-media tempatan ju­ga sebelum ini tidak ke­tinggalan membuat spekulasi mengenai kehamilannya.

Namun Siti Nurhaliza dan syarikat pengurusannya, Siti Nurhaliza Productions (SNP) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengesahkan spekulasi itu.

Berikutan kehamilan tersebut, Siti Nurhaliza memberi­tahu, beliau akan berehat da­ripada sebarang aktiviti per­tunjukan pentas sehingga kelahiran anak sulungnya.

Berita kehamilan Siti Nurhaliza menarik minat peminat-peminat setia­nya kerana penyanyi itu dan suaminya bersabar menanti selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata sulung mereka.

Pada awal November 2015, Siti Nurhaliza pernah hamil, namun beliau me­ngalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Siti Nurhaliza dan Kha­lid yang juga seorang duda men­dirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.