Sebelum ini, klip video lagu berkenaan yang ditujukan kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Dr. Vida (DSV) atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman telah tular di beberapa laman sosial.

Video berkenaan bukan sahaja mendapat pelbagai respon positif netizen malah kecaman serta kritikan sinis kepada UBM turut dilontarkan.

Misalnya, menurut seorang pengguna Facebook, Zamal Xandier, UBM seperti sedang mencari peluang untuk memikat.

“Tapi percayalah, takkanlah DSV boleh suka dekat awak. Dengar suara memanglah boleh tahan. Cuba kalau buka topeng, kita tengok macam mana. Mesti DSV pun boleh pengsan, ” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Lisa Mustapa menulis, sedangkan Ayahanda Rani Kulup pun kecewa ditolak DSV, inikan pula UBM.

“Tak payah bermimpilah UBM nak cuba dapatkan DSV. Nanti takut ada keluar lagu kecewa pula selepas ini,” komennya.

Namun begitu ketika dihubungi Utusan Online, UBM mendakwa tujuan lagu tersebut merupakan simbol seorang peminat kepada idola pujaan hatinya.

“Saya ada juga menghantar lagu tersebut kepada DSV menerusi aplikasi Whatsapp namun DSV cuma member jawapan ringkas ‘terima kasih’.

Pesanan yang dihantar Ulat Bulu Man kepada Datuk Seri Vida

“Kalau dia suka lagu tersebut, Alhamdulillah. Kalau tak suka, alamat kena kecamlah. Tapi saya harap, dia ada masa untuk menghayati lirik lagu berkenaan dan seterusnya terbit rasa jatuh cinta pula,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE