Pelakon berusia 30 tahun itu dibebaskan setelah memberi keterangan lebih dua jam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini setelah  rakaman video berdurasi 48 saat dia melepaskan tembakan ke udara tular di laman sosial YouTube sejak tiga hari lalu.

Kejadian tersebut berlaku di belakang rumah bapa saudaranya di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada Julai 2016.

Terdahulu Hairul Azreen tiba di IPD Perak Tengah di sini pada pukul 2.05 petang diiringi dua rakan lelaki.

Ketika ditemui, Hairul Azreen berkata, dia memberi keterangan kepada polis mengenai kes tersebut dan polis memberi penerangan dari segi undang-undang mengenai kesalahan menggunakan senjata api tanpa lesen.

"Siasatan masih dibuat kerana menggunakan senjata tanpa lesen dan mungkin polis akan memanggil saya semula," katanya. - UTUSAN ONLINE