Artis bertaraf jutawan itu berkata, hal ini kerana dia bimbang perkara itu mencetuskan dakwa­an-dakwaan yang tidak berasas.

Neelofa, 28, menjelaskan, hubu­ngan yang sedang terjalin antara dia dan kerabat diraja berkenaan juga bukan diatur oleh keluarga seperti yang digembar-gemburkan.

“Saya masih solo dan dia (kerabat diraja) pun sama. Saya tidak nafikan kami berkawan cuma status saya sebagai selebriti dan dia sebagai kerabat tidak boleh lari daripada andaian orang.

“Anda semua sudah cukup bijak untuk menilai sama ada saya layak atau tidak untuk bercakap tentang hal ini. Saya pilih untuk tidak mengulas,” katanya kepada pemberita dalam majlis pelancaran koleksi tudung baharu, Lady Lofa sempena ulang tahunnya yang ke-28 di sini hari ini.


Video oleh ALIF FADLI MOHD. SORI

Tambah Neelofa, dia juga pasti kerabat berkenaan tahu tentang desas-desus tersebut.

Mengulas lanjut, Neelofa juga merayu untuk orang ramai memahami situasi yang dihadapinya dan memberi ruang kepadanya untuk meneruskan kehidupan.

“Bila saya baca komen netizen, hati saya hancur. Saya tidak layak untuk ditekan sebegini. Tolong beri saya ruang,” katanya.

Neelofa juga enggan mengulas lanjut tentang status hubungan­nya dengan pelakon, Fattah Amin.

“Sebelum ini, saya pernah beritahu memang kami pernah bersama semasa penggambaran Suri Hati Mr. Pilot. Tetapi apa yang terjadi antara saya dan Fattah, hanya kami berdua sahaja yang tahu,” katanya.