Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Maafkan saya - Julia Bachok

 2

KUALA LUMPUR 18 Ogos- Selepas episod ‘amukan’ pengurus penyanyi Saleem di pejabat syarikat rakaman Music Valey Malaysia (MVM) Rabu lalu, hari ini Julia Bachok yang juga isteri penyanyi itu meminta maaf atas kesilapannya.

 

Dipancarkan secara langsung melalui Facebook Live Utusan Malaysia, Julia yang hadir bersama-sama Saleem dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez menjelaskan, keadaan tertekan menyebabkan dia berkelakuan agak kasar pada hari tersebut.

Julia Bachok dan Saleem sewaktu bersiaran secara langsung melalui Facebook Live Utusan Malaysia pada Jumaat. - UTUSAN ONLINE

“Assalamualaikum, saya selaku pengurus kepada Saleem. Ini adalah sebenarnya saya. Julia yang tiga hari lepas bukan saya. Saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Sabah Sarawak, Brunei, Singapura, terutama sekali orang Johor.

 

“Bila tengok video saya balik, saya amat sedih. Saya mohon maaf sekali lagi. Masa saya marah itu keadaan emosi dan tekanan dengan suami (yang) baru keluar hospital. Dengan tekanan di luar sana yang saya tak dapat kawal. Saya amat menyesal dan mohon maaf kepada yang terkesan dengan kata-kata saya,” katanya.

Rabu lalu pihak Utusan Online secara langsung telah menyaksikan pertemuan pihak pengurusan Saleem dengan Pengarah Urusan MVM Production, Rumhadi Rumnan. Walaupun pada awal pertemuan itu agak tegang tetapi pihak MVM Production mengambil langkah untuk meminta maaf kepada pihak Saleem dan Julia selain turut mengakui kesilapan mereka menggunakan nama penyanyi berusia 56 tahun untuk mempromosikan artis di bawah naungan mereka iaitu Syafiq Farhain.

Sementara itu setia di sisi Julia sepanjang rakaman adalah Saleem yang turut membetulkan persepsi tentang siapa sebenarnya isterinya itu.

“Sebenarnya hari itu dia tunjuk perasaan dia. Sesiapa pun yang duduk di tempat dia akan marah. Sebenarnya dia seorang yang baik,” kata Saleem.

Ditanya mengenai perasaan sebenarnya terhadap anaknya, Syafiq Farhain, kata Saleem sebagai bapa dia tidak dapat menolak rasa sayang yang ada.

“Anak tetap anak, siapa yang tidak sayang anak. Tetapi dia (Syafiq) perlu faham yang industri ini ada undang-undang. Jangan menempel, bangkit dengan bakat sendiri,” katanya lagi.

Sementara itu Freddie pula melihat keadaan ini perlu diselesaikan dengan segera bagi menjernihkan semula hubungan antara satu sama lain selain memastikan perkembangan karier penyanyi ini pada masa hadapan terus terjamin.

“Kita perlu membantu dalam hal ini dan akan mengaturkan beberapa langkah untuk kerjaya Saleem. Selain itu memulihkan keadaan ini di mana ada masalah peribadi antara keluarga beliau. Apa yang boleh kita lakukan, kita akan aturkan,” kongsinya. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan