Gandingan mantap komposer, Natasyah dan penulis lirik, Iman Imran ternyata membawa tuah sehingga melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000, baucar produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000 dan telefon pintar Samsung.

Persem­bahan Terbaik pula dimenangi oleh kumpulan Khalifah yang membawa pulang wang tunai RM12,000 selain trofi dan telefon pintar Samsung.

AJL-30 dengan tema Cerita Dalam Lagu itu menyaksikan tempat kedua dimenangi oleh Misha Omar dan Hafiz menerusi lagu Terimaku Seadanya.

Lagu dan lirik ciptaan Ajai itu berjaya membawa pulang trofi berserta hadiah wang tunai RM35,000.

Sementara itu, lagu Sudah Ku Tahu dendangan Projector Band berjaya meraih tempat ketiga.

Selain trofi, lagu dan lirik ciptaan tersebut meraih hadiah wang tunai RM20,000.

Persembahan vokal mantap sewaktu menyampaikan lagu Lelaki Teragung pula melayakkan Dayang Nurfaizah memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM12,000 dan trofi.

Kesemua 12 buah lagu yang bertanding dinilai oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Azmeer. - UTUSAN ONLINE